A. Sains
1.MAWAR DILANGIT
"maka apabila langit telah berbelah dan menjadi merah mawar
seperti (kilauan) minyak. maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu
dustakan"[arRahman55:37-38]
Ayat ini membuktikan mengenai
kewujudan awan atau gas yg terbentuk dilangit yang kelihatan seperti bunga
mawar.
2.THE DEEP SEA
"atau (keadaan org2 kafir) seperti gelap gulita di lautan yang
dalam, yang diliputi oleh gelombang, di atasnya ada (lagi) awan gelap. itulah
gelap gulita yg berlapis-lapis. apabila dia mengeluarkan tangannya hampir tidak
ada yang melihatnya. barangsiapa tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH,
maka dia tidak mempunyai cahaya sedikit pun"[anNur24:40]
para "oceanography"
telah mendapati bahawa terdapat satu lapisan yg sangat dalam wujud di dalam
laut di dunia ini. lapisan tersebut dinamakan "the deep sea"(lautan
dalam). lapisan dalam tersebut sgt gelap. setiap hidupan yg hidup dalam lapisan
tersebut tidak mempunyai mata. sebagai ganti, ALLAH telah mengurniakan mereka
dengan organ deria elektromagnetik utk mereka mencari makanan dan mengesan
musuh. dan ayat di atas telah menerangkan fakta ttg kejadian ini.
dan dalam ayat yg lain, juga
telah menceritakan fakta yg telah di temui oleh para "oceanography"
ini, tentang pembahagian laut. menurut kajian mereka, laut ini terbahagi
mengikut 3 aspek, 1.ketumpatan, 2. kemasinan, 3.suhu. dan menurut mereka lagi,
laut terbahagi melalui ke 3-3 aspek ini mengikut keadaan lokasinya. dan dalam
AlQuran telah menyebut dengan ringkas ttg pembahagian laut mengikut batas2
tertentu.
3.PAIN RECEPTOR (SKIN)
"sungguh,org2 yg kafir terhadap ayat2 kami, kelak akan kami
masukkan ke dalam neraka. setiap kali kulit mereka hangus,kami ganti dgn kulit
yg lain, agar mereka merasakan azab. Sungguh ALLAH maha Perkasa, maha
Bijaksana"[anNisa4:56]
daripada ayt ini, jelas skali
ALLAH memberitahu manusia, tentang kewujudan "pain receptor"(penerima
rasa sakit) pada kulit. Ayat "agar mereka merasakan azab" itu sgt
jelas menyatakan bahawa pada kulit, terdapatnya "pain receptor" yg
memberi rasa sakit kpada makhluk yg mmpunyai kulit.subhanALLAH!
4.BUMI DAN LANGIT BERASAL DARI ASAP
menurut saintis dalam kajian abad
ini, langit dan bumi berasal dari 1 kepulan asap yg satu. kemudian terpisah
menjadi langit dan bumi. dan ini sebnarnya telah pun diberitahu pada 1400 thun
dahulu melalui Rasulullah saw dalam AlQuran.
"kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih beupa asap,
lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi, "Datanglah kamu berdua
menurut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa." Keduanya menjawab,
"kami datang dengan patuh."[Fussilat41:11]
"dan apakah org2 kafir tidak megetahui bahawa langit dan bumi
keduanya dahulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami
jadikan segala sesuatu yg hidup berasal dari air;maka mengapa mereka tidak
beriman?"[Anbiya'21;30]
5.TEKANAN GAS OKSIGEN
Dalam subjek sains di sekolah,
kita pernah mempelajari tentang kenapa kita semakin susah bernafas bila kita
berada semakin jauh dari bumi dan dekat dgn langit.ianya kerana tekanan oksigen
yg semakin rendah di atas langit membuatkan kita menjadi sukar utk bernafas.dan
ini juga telah termaktub di dalam ALQuran.
"Barangsiapa dikehendak ALLAH akan mendapat hidayah (petunjuk),
Dia akan membukakan dadanya mutk (menerima) Islam, Dan barangsiapa
dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan2
dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada org2 yg
tidak beriman"[alAn'am6:125]
6. KEJADIAN MANUSIA
peringkat kejadian manusia yg di
temui para saintis juga telah pun di sebut dalam AlQuran.
"wahai manusia, jika kamu meragukan (hari) kebangkitan, maka
sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air
mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yg sempurna
kejadiannya dan yg tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu;dan Kami
tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yg sudah ditentukan,
kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian dengan (beransur2) kamu
sampai kepada usia dewasa, dan diantara kamu ada yg diwafatkan dan (ada pula)di
antara kamu yg dikembalikan sampai usia sangat tua (pikun), sehingga dia tidak
megetahui lagi sesuatu yg telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering,
kemudiannya apabila telah Kami turunkan air (hujan) di atasnya hiduplah bumi
itu dan menjadi suburdan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tumbuh2an yg
indah" [alHajj22:5]

7. TEKNOLOGI PENGANGKUTAN
"dan (Dia telah menciptakan) kuda, baghal, dan keldai, untuk kamu
tunggangi dan (menjadi) perhiasan. Allah telah menciptakan apa yg tidak kamu
ketahui"[anNahl16:8]
dari ayat tersebut ALLAH telah
menyebut ttg teknologi pengangkutan yg wujud pada zaman dahulu dan akan datang
kenderaan yg belum manusia tahu pada ketika itu yakni sekarang. wujudnya
pelbagai jenis kenderaan yg hakikatnya ALLAH telah jadikan. alQuran juga
mengajar kita bagaimana utk mensyukuri pemberian kenderaan yg telah ALLAH
kurniakan.
"agar kamu duduk di atas punggungnya kemudian kamu ingat nikmat
Tuhanmu apabila kamu duduk di atasnya; dan agar kamu mengucapkan,
"Mahasuci (ALLAH) yg telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami
sebelumnyatidak mampu menguasainya, () dan sesungguhnya kami akan kembali
kepada Tuhan kami."[azZukhruf43:13-14]

8. PERTEMBUNGAN DUA LAUTAN
"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian
bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan. Dari keduanya keluar
mutiara dan marjan." (Ar-Rahman : 19-22)
9. TEORI BIG BANG
Al-Quran tidak meliputi bidang sains? Teori Big Bang yang
dikemukakan Hubble bahawa alam semesta ini terjadi berupa gumpalan kemudian
meledak sehingga terjadi jutaan galaksi.
Teori tersebut dikemukakan Hubble pada tahun 1927, dan di
dalam al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w pada sekitar tahun
600 Masihi lalu telah dinyatakan dalam surah al-Anbiya, ayat 30 yang bermaksud:
“Dan apakah orang-orang
yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu
adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya (dengan kekuatan
Kami).“(Al-Anbiya: 30)
B. Matematik
Jumlah perkataan di dalam Al-Quran:
Dunia 115 . Akhirat 115
Malaikat 88 . Syaitan 88
Hidup 145 . Mati 145
Manfaat 50 . Korup 50
Manusia 50 .Rasul 50
Iblis 11 . Carilah perlindungan
dari Iblis 11
Musibah 75 . Terima kasih 75
Sedekah 73 . Kepuasan 73
Muslimin 41 . Jihad 41
Emas 8 . Kehidupan senang 8
Zakat 32 .Barakah 32
Berani 8 . Takut 8
Hidup susah 114 . Bersabar 114
Lelaki 24 . Perempuan 24
Dan cukup luar biasa kita lihat
berapa kali kata-kata berikut muncul: – Solat 5; 12 Bulan; Hari 365;
Laut 32, Tanah 13; Laut + tanah =
32 + 13 = 45% Laut = 32/45 * 100 = 71,11111111%
Tanah = 13/45 * 100 = 28,88888889
= 100.00
Ilmu pengetahuan moden baru-baru
ini membuktikan bahawa air meliputi 71,111% dari bumi, sedangkan tanah meliputi
28,889%. Adakah ini suatu kebetulan?
Siapa yang mengajar Nabi Muhammad
(saw) semua ini?
No comments:
Post a Comment