Wednesday, 27 June 2012

ULUL ALBAB


Ulul Albab adalah golongan yang diistimewakan dan yang disebut Allah di dalam al-Quran. Sebanyak 16 kali disebut di dalam al-Quran. Ulul Albab menggunakan kurniaan akal untuk merenung setiap kejadian di alam semesta yang maha luas ini. Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulul Albab (orang yang berakal)”. (Ali-Imran: 190)

Formula Ulul Albab:-
Islam+Sains=ULUL ALBAB

   Secara ringkasnya, Ulul Albab adalah mereka yang mengkaji sains untuk lebih mengenali Allah.

Sains Islam


Definisi Sains:- Mencari kebenaran dengan kaedah yang rasional dan emperikal.

Definisi Sains Islam:- Ilmu yang lahir hasil gabungan ilmu intelek (acquired knowledge) dan ilmu wahyu (revealed knowledge) yang selaras dengan konsep Islam. Atau dalam kata lain unsur fizik dan metafizik yang berlandaskan syariat Islam.

Intelek (Fizik)+Wahyu (Metafizik)=SAINS ISLAM

*Konsep Islam: Ilmu sains yang bermanfaat tanpa unsur kerosakan.


 Kepentingan Sains dalan Islam 

  1. Melaksanakan tugas khalifah.
  2. Mengambil iktibar daripada alam semesta (agar lebih mengenali Allah).
  3. Sains adalah fardhu kifayah yang membantu perlaksanaan fardhu ain.
  4. Membuktikan kebenaran Al-Quran.

 

Akibat Memisahkan Sains dan Islam

  1. Negara Islam terlalu bergantung kepada Negara Barat dari segi perubatan, teknologi, pendidikan, dan pertahanan negara. (Sikap kita mengimport barangan Barat membawa padah kepada pemikiran umat Islam apabila ideologi mereka juga turut diimport sama.)
  2.  Sains digunakan bertentangan dengan syariat Islam. (Contohnya seperti mencipta klon manusia dan dadah-dadah yang merbahaya.)
  3. Manusia menjadi gila kerana mahu mengetahui segala-galanya termasuk alam ghaib dengan hanya menggunakan logik akal yang terbatas.  (Contoh yang terbaik ialah Darwin yang mendakwa bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya.)

*Sepatutnya kita menggunakan sains untuk lebih mengenali-NYA.
 

No comments:

Post a Comment