Thursday, 28 June 2012

Tokoh-tokoh Sains dan Matematik


Ibnu Sina

 

(981-1037M)

Nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah, dilahirkan pada tahun 981M di Afshana berhampiran Bukhara (kini dikenali sebagai Uzbekistan). Beliau yang lebih dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Eropah merupakan pakar perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji bintang pada masa tersebut. Ibn Sina dianggap sebagi 'Bapa Perubatan' oleh penulis-penulis Barat kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta hasil pengalaman beliau sendiri untuk diamalkan.

Sumbangan Beliau:

a. Beliau telah menjalankan kajian terhadap tubuh manusia yang dikenali sebagai anatomi. Hasilnya, beliau mendapati jantung mengandungi 3 injap yang akan terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa jantung mengepam darah.

b. Beliau juga memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenalpasti ketidakseimbangan hormon yang berkenaan. Apa yang menarik mengenai ilmu ini ialah beliau dapat memulihkan pesakit yang menghadapi masalah sakit jiwa

c. Beliau turut memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan menemui ilmu yang kita kenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis di mana ia menunjukkan perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Ibn Sina juga menyedari betapa pentingnya emosi dalam usaha pemulihan pesakit. Minatnya yang mendalam dalam bidang berkaitan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak daripada hasil karyanya berkisar mengenai gangguan psikologi.

d. Beliau juga ada menceritakan simptom-simptom penyakit kencing manis (diabetes) dan masalah yang akan timbul daripadanya.

e. Ibn Sina juga menjadi saintis yang pertama menerangkan mengenai bahagian-bahagian berbeza pada mata seperti kornea, koroid, iris, retina, lapisan kanta dan lain-lain.

 




Khawarizmi

 
Al-Khwarizmi, atau nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi yang berketurunan Parsi berasal dari kawasan Khwarizm, di kawasan Aral Sea yang hari ini sebahagian daripada Uzbekistan dan Turkmenistan.

Al-Khwarizmi adalah salah seorang ilmuan matematik di Bait al-Hikmah (House of Wisdom) yang diasaskan oleh Khalifah al-Ma’mun pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah. Dilahirkan disekitar tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun sekitar 850 Masihi. Selain sebagai ahli matematik, beliau juga adalah ahli astronomi dan juga ahli geografi di Bait al-Hikmah.
Sumbangan

Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang matematik, astronomi, astrologi, geografi, dan cartography (tentang peta) serta pengasas kepada perkembangan dalam ilmu algebra dan juga trigonometri. Perkataan Algorithm berasal daripada nama latin al-khwarizmi iaitu algoritmi, manakala istilah Algebra berasal daripada perkataan Al-Jabr dan Al-Muqaabalah yang bermaksud penyempurnaan dan penyeimbangan (pembandingan).
image-al-kitab_al-mue1b8abtae1b9a3ar_fi_e1b8a5isab_al-gabr_wa-l-muqabalaMatematik

Al-Khwarizmi melebih dikenali kepakarannya dalam bidang matematik. Walaupun sejarawan dan ahli matematik berselisih pendapat tentang asal usul Algebra. Namun yang pasti jika pun al-Khwarizmi bukanlah orang yang mengasaskan Algebra, tapi jelas beliau adalah pengembang ilmu Algebra. Beliau menghasil sebuah kitab yang berkaitan dengan algebra iaitu“Al-Kitaab Al-Muhtasar fi hisaab al-jabr wa al-muqaabalah” (Buku keterangan ringkas tentang pengiraan menggunakan Al-Jabr dan Al-muqaabalah (penyempurnaan dan penyeimbangan)) yang menjadi rujukan terkenal dan juga pemula perkembangan ilmu algerba. Pendekatan secara sistematik dan logik beliau dalam menyelesaikan masalah quadratik dan linear memberi acuan baru dalam disiplin ilmu algebra.

Selain daripada algebra, Al-Khwarizmi juga pengembang sistem nombor yang dikenali sebagai Sistem pernomboran Arab dan India yang diguna pakai diseluruh dunia hari ini. Beliau juga antara orang pertama yang menyertakan angka sifar ’0′ sebagai salah satu digit dalam sistem pernomboran dan memberi nilai kepada angka ’0′. Beliau juga mengembangkan dan memperkenalkan sistem titik perpuluhan yang ada pada hari ini. Selain beberapa sumbangan lain dalam ilmu matematik.

 

No comments:

Post a Comment